Hidup jual botol, tunang tinggalkan Iqbal Mazlan juara Pilih Kasih musim pertama


Hidup jual botol, tunang tinggalkan Iqbal Mazlan - Juara program realiti Pilih Kasih musim pertama, Iqbal Mazlan mengalami nasib malang yang bertimpa-timpa selepas terbaru pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.

Nasib malang itu merupakan rentetan kepada kesengsaraan hidup Iqbal yang kini menyara hidup dengan menjual botol ekoran tidak menerima sebarang tawaran berlakon sejak hampir setahun lalu.

"Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman."

"Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya."

"Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya."


Tambah Iqbal, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak di sekitar Klang. Katanya, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.

"Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun."

"Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual."

"Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab."


0 Response to "Hidup jual botol, tunang tinggalkan Iqbal Mazlan juara Pilih Kasih musim pertama"

Catat Ulasan

dzulCYBER