Hanez Suraya ditegur Hassan, Juara Imam Muda Musim Ke-2


Hanez Suraya ditegur Hassan, Juara Imam Muda - Nampaknya, juara Imam Muda Musim Kedua, Hassan, turut terpanggil untuk memberikan tegurannya berhubung masalah tiga penjuru yang melibatkan artis tempatan melalui akaun Facebook miliknya.

Meskipun tulisannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa sepertimana status Chef Wan, namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon kontroversi, Hanez Suraya. Kata Hassan, percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.

"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!"

"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram."


Tambah Hassan kepada Sinar Harian, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram!"

0 Response to "Hanez Suraya ditegur Hassan, Juara Imam Muda Musim Ke-2"

Catat Ulasan

dzulCYBER