Gambar Zarema Zainal, kekasih Aidil Zafuan buat majlis bridal shower


Gambar Zarema Zainal, kekasih Aidil Zafuan buat majlis - Menjelang perkahwinan yang bakal berlangsung pada bulan ini, kekasih Aidil Zafuan, Zarema Zainal telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.

Beberapa keping gambar sekitar majlis sambutan tersebut telah dikongsikan pelakon Nora Danish di akaun Instagramnya dan admin turut paparkan di bawah.

Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever. Memang sesuai sangat dengan bentuk badan Zarema.

Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.




0 Response to "Gambar Zarema Zainal, kekasih Aidil Zafuan buat majlis bridal shower "

Catat Ulasan

dzulCYBER