Gambar perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman, penyerang Harimau Muda


Gambar perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman - Penyerang sensasi Harimau Muda,
Rozaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami kepada Nurul Adilah Junaidi, 18, gadis yang dikenalinya setahun lalu pada jam 7.30 petang semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan dan dinikahkan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Imbran Angun. Ia hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar majlis perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman dan Nurul Adilah Junaidi. Majlis resepsi atau persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu.




0 Response to "Gambar perkahwinan Rozaimi Abdul Rahman, penyerang Harimau Muda"

Catat Ulasan

dzulCYBER