Gambar perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal


Gambar perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal - Tahniah kepada pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri yang sah pada jam 10.50 pagi tadi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang, Selangor.

Rombongan pengantin lelaki memberikan sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7,000 dan dibalas pula 11 dulang oleh pihak perempuan.

Antara selebriti yang turut hadir di majlis pernikahan pasangan itu ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.






0 Response to "Gambar perkahwinan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal"

Catat Ulasan

dzulCYBER