Gambar kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang


Gambar kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang - Jambatan kedua Pulau Pinang telah dibuka secara rasminya pada 1 Mac 2014 yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Jambatan berkenaan dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menariknya, baru sehari ianya dibuka, kemalangan jalan raya pertama sudah berlaku tengahari 1 Mac 2014 yang membabitkan kereta proton waja dan mini lori.

Bagaimanapun, mangsa kemalangan tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil. Di sini, admin sertakan sekeping lagi gambar kemalangan tersebut.


0 Response to "Gambar kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang"

Catat Ulasan

dzulCYBER