Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ke-3, kereta MyVi terbalik


Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ketiga - Penyanyi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem sekali lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila kereta MyVi yang dipandu rakannya hilang kawalan hingga terbalik sebelum terheret beberapa meter.

Kejadian itu berlaku di jalan menuju ke kolej kediaman UniMAP Wang Ulu, Sungai Batu Pahat Perlis baru-baru ini. Punca kemalangan tidak pula diketahui. Apapun, penulis harap Ainan tidak cedera dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menerusi Twitter Ainan yang bertarikh 5 Mac 2014, dia menafikan memandu kereta miliknya hingga kemalangan. Dia juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian yang boleh menyakitkan hati orang-orang yang terlibat dalam nahas itu.


Untuk pengetahun, kemalangan ini ialah buat kali yang ketiga membabitkan kereta Ainan. Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam nahas kemalangan pada Julai tahun lalu di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE) dan pada 19 Februari 2014 di jalan menuju ke Wang Ulu dari Sungai Chuchuh.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri yang membabitkan kereta Ainan Tasneem baru-baru ini. Kredit gambar kepada mohdfaizal.




0 Response to "Gambar Ainan Tasneem kemalangan kali ke-3, kereta MyVi terbalik"

Catat Ulasan

dzulCYBER