Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia


Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat - Pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati.

“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran.”

Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.

Bagaimanapun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka tidak lagi kembali ke Malaysia atau lebih tepat lagi meninggal dunia di sana.

“Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami.”

Sumber : Sensasi Malaysia

0 Response to "Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia"

Catat Ulasan

dzulCYBER