Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi


Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi - Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang di Gunung Bubu, Ulu Kenas sejak semalam ditemui mati petang tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Mat Rabawi Abdul Jalil, mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohamad Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Manakala, dua lagi pelajar iaitu Mohamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohamad Fitri ditemui selamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi. Mereka kini sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar sebagai pesakit luar.

0 Response to "Dua pelajar hilang di Gunung Bubu ditemui mati petang tadi"

Catat Ulasan

dzulCYBER