Boikot Hanez Suraya, peminat rancang baling telur di Teater Projek Kahwin


Boikot Hanez Suraya, peminat rancang baling telur - Meskipun Hanez Suraya sudah bersetuju untuk bertemu dengan isteri kekasihnya, Liyana Manan bagi menyelesaikan pertikaian mereka secara baik namun tindakan itu dilihat masih tidak cukup meredakan kemarahan peminat di laman-laman sosial.

Terbaru, satu Gerakan Baling Telur di pementasan Teater Projek Kahwin sedang dirancang segelintir peminat bagi mensebotaj teater tersebut. Ini kerana Teater Projek Kahwin menggandingkan Hanez Suraya dan Izzue Islam sebagai teraju utama.

Bagaimanapun, kesahihan khabar angin mengenai rancangan terbabit tidak dipastikan setakat ini. Penerbit Teater Projek Kahwin, Amir Shawn yang dihubungi ohbulan meminta tindakan berkenaan dihentikan memandangkan ianya bertentangan dengan budaya kita.

“Saya rasa semua itu sekadar isu mainan siber sahaja. Bukan mahu mencabar, tetapi negara mempunyai undang-undang dan janganlah buat benda yang sedemikian. Lagipun, Istana Budaya merupakan pentas bertaraf antarabangsa dan sudah pasti kawalan keselamatan lebih ketat.”

Tambah Amir, tindakan mensebotaj dan memboikot bakal memburukkan imej Malaysia di mata dunia malah turut menjejaskan sumber pendapatan krew yang terlibat sama dengan pementasan teater tersebut.

"Saya harap penonton dapat memberi sokongan kepada naskhah yang ingin dipentaskan kerana ianya juga membabitkan ramai pelakon lain. Isu Hanez itu haruslah ditolak ketepi kerana setakat ini pelakon itu tidak memberi sebarang masalah kepada pihak produksi."

Bagi penulis, Gerakan Baling Telur yang dirancang tidak diperlu dilaksanakan kerana Hanez Suraya sudah tahu hampir semua peminat menyokong Liyana Manan.

0 Response to "Boikot Hanez Suraya, peminat rancang baling telur di Teater Projek Kahwin"

Catat Ulasan

dzulCYBER