Anak saudara timbalan menteri orang pertama bunuh diri di Jambatan Kedua Pulau Pinang


Anak saudara timbalan menteri orang pertama bunuh diri - Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang baru dirasmikan Ahad lalu dengan niat membunuh diri.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis. - Astroawani

3 Responses to "Anak saudara timbalan menteri orang pertama bunuh diri di Jambatan Kedua Pulau Pinang"

  1. Better title: "Anak SAUDARA Timbalan Menteri orang pertama CUBA untuk membunuh diri di Jambatan Kedua Pulau Pinang"

    False pretense

    BalasPadam
  2. EMD - Dah diperbetulkan... Thanks

    BalasPadam
  3. membunuh diri atau CUBA membunuh diri. Dia dah diselamatkan kan?

    BalasPadam

dzulCYBER