Zizan Razak nafi tidur serumah dengan Emma Maembong


Zizan Razak nafi tidur serumah dengan Emma Maembong - Baru sahaja mulai reda kontroversi Zizan Razak bercumbuan dengan Emma Maembong di kapal terbang beberapa minggu lalu, kini pelawak itu dituduh pula tidur serumah dengan kekasihnya.

Zizan Razak dan Emma Maembong kantoi bercumbuan?
Respon Zizan Razak isu bercium dengan Emma Maembong
Respon Emma Maembong isu bercumbu dengan Zizan Razak

Tuduhan itu timbul selepas seorang peminat telah menghantar e-mail kepada portal murai batu dengan mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Mari baca isi kandungan e-mail peminat tersebut di bawah.


Tidak mahu terus membuat laporan melulu, portal GUA segera menghubungi Zizan Razak bagi mendapatkan penjelasan sebenar dari beliau. Katanya, dia agak terkejut dengan tuduhan tersebut dan hairan bagaimana dirinya dan Emma pula yang dikaitkan.

“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi.”

“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja.”

0 Response to "Zizan Razak nafi tidur serumah dengan Emma Maembong"

Catat Ulasan

dzulCYBER