Wanpa nafi reka fesyen pelik Neelofa di AME 2014


Wanpa nafi reka fesyen pelik Neelofa di Anugerah Meletop Era - Pereka duo fesyen terkenal di Malaysia, Wanpa menafikan pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka.

Pada Sabtu lalu, Neelofa dikritik hebat peminat kerana tampil dengan pakaian yang ketat dan pelik sehingga memperlihatkan bentuk badannya. Ekoran itu, penampilan Neelofa disamakan dengan kostum karakter Power Rangers.

"Busana tersebut bukan kami yang reka dan buat. Umum tahu, Neelofa baru sahaja pulang dari Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya pula baru pulang dari Jepun. Kami diberitahu oleh Neelofa mengenai busana tersebut pada Khamis yang lalu, jadi kami menolak untuk membuat pakaian tersebut kerana kesuntukan masa."

"Rekaan dan material untuk busana tersebut sudah ada, jadi Neelofa menghantar baju tersebut ke tukang jahit yang mampu untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang ditetapkan dan kami hanya menolong untuk memakaikan baju tersebut kepada Neelofa di belakang pentas atas dasar mahu menolong kawan.”


“Kami ada di belakang pentas ketika AME berlangsung adalah untuk membantu Neelofa menggayakan baju tersebut, itu sahaja. Kami tolong membetulkan mana yang besar, mana yang longgar, yang ada pada busana itu."

"Pembukaan AME memerlukan Neelofa terbang dari atas ke bawah, jadi baju ‘jumpsuit’ sesuai untuk digayakan. AME merupakan satu acara anugerah yang sempoi, ‘funky’ dan santai, jadi rasanya pakaian itu bukan masalah. Tapi ada segelintir pihak yang membuatkan perkara ini isu besar dan mereka menuduh kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.”

0 Response to "Wanpa nafi reka fesyen pelik Neelofa di AME 2014"

Catat Ulasan

dzulCYBER