Video pengakuan Ammar kejutkan Mahkamah dan pasangan Malaysia di Sweden


Video pengakuan Ammar kejutkan Mahkamah - Kes dera anak pasangan Malaysia di Sweden pada hari ketiga perbicaraan mengejutkan mahkamah hari ini apabila anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, Ammar membuat beberapa pengakuan dipukul oleh pasangan itu.

Dalam sebuah video yang ditayangkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell, Ammar yang ditemubual oleh pegawai penyiasat dilihat tidak memerlukan banyak soalan untuk terus ‘bercerita.

Menerusi Utusan Malaysia, Ammar mendakwa kakak sulungnya Aishah, 14, selalu dipukul kerana mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibubapa mereka yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bulan

Dalam satu lagi insiden, Ammar mengaku dipukul menggunakan tali pinggang kulit milik Azizul oleh ibunya setelah dia tidak berhenti mengeluh dan mengomel apabila diminta mencuci bilik air.

"Rasa seperti ada darah keluar dari kaki saya. Saya juga rasa seperti ada air panas mengalir ke hujung kaki. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik ayah saya dan ia berwarna coklat."

Bagaimanapun, peguam Shalwati, Kristofer Stahre memberitahu, kenyataan Ammar sangat tidak konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain dan boleh menjadi satu kelebihan bagi pihak pembelaan.

0 Response to "Video pengakuan Ammar kejutkan Mahkamah dan pasangan Malaysia di Sweden"

Catat Ulasan

dzulCYBER