Tasha Shilla bercumbuan dengan Hans di Anugerah Meletop Era 2014?


Tasha Shilla bercumbuan dengan Hans di AME 2014 - Wartawan Harian Metro mendakwa ada menerima e-mail dari beberapa orang pembaca yang mengatakan mereka melihat Tasha Shilla dan kekasihnya, Han bercumbuan di khalayak ramai ketika menonton Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tidak mahu terus mempercayai dakwaan tersebut, Harian Metro segera menghubungi Tasha Shilla bagi mendapatkan penjelasan sebenar darinya. Kata pelakon seksi itu, dia masih waras dan rasional untuk melakukan perbuatan tidak sopan itu secara terbuka.

“Saya ini masih waras dan sensitif lagilah untuk buat benda macam itu. Takkanlah di acara macam itu dan depan khalayak pula saya nak buat begitu Cukup-cukuplah (menuduh). Susah kalau orang mulut tempayan memang payah nak tutup, ada saja benda nak ditimbulkan.”

Tuduhan sebegini bukan kali pertama dihadapi Tasha. Beberapa bulan lalu, beliau pernah dituduh berpeluk dan bercumbuan dengan kekasih di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ketika makan bersama.

1 Response to "Tasha Shilla bercumbuan dengan Hans di Anugerah Meletop Era 2014?"

dzulCYBER