Sharnaaz kongsi gambar bertatu di Instagram, peminat ajak kahwin


Sharnaaz kongsi gambar bertatu di Instagram
 - Setahu admin, jarang ada artis lelaki Malaysia berani berkongsi gambar-gambar bertatu di badan sebagai tatapan peminat di Instagram. Pujian mungkin perlu diberi kepada pelakon Sharnaaz Ahmad kerana telah memecah tradisi ini, tak gitu?

Pastinya, ramai pengikut beliau di Instagram akan melemparkan kritikan dan tomahan. Biasalah orang Malaysia, kalau tak komen negatif memang tak sah. Apapun, kita perlu tahu kenapa bekas kekasih Shila Amzah itu membuat tatu di badannya.

Bukan sekadar suka-suka tetapi untuk memenuhi kehendak watak Jebat yang dilakonkannya dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sejujurnya, Sharnaaz Ahmad dilihat lebih kacak, macho dan bergaya dengan tatu tersebut. Sikap panas baran yang sedia ada dalam dirinya menambahkan kegagahan beliau sebagai antara artis lelaki Malaysia yang berbadan tegap dan sasa.


Maka, tidak hairanlah kenapa beberapa wanita cantik yang menjadi pengikut Sharnaaz di Instagram mengajaknya berkahwin. Malah ada antara wanita bertudung mengaku mula tergugat iman sebaik melihat susuk tubuh Sharnaaz yang seksi dan bergaya.

Berikut ialah lagi enam keping gambar pelakon Sharnaaz Ahmad yang bertatukan naga hampir di seluruh bahagian badan. Memang terbaik.







0 Response to "Sharnaaz kongsi gambar bertatu di Instagram, peminat ajak kahwin"

Catat Ulasan

dzulCYBER