Selepas Fasha Sandha, pengarah drama kecam Dazrin Kamarudin


Selepas Fasha Sandha, pengarah drama kecam Dazrin - Nampaknya, isu Dazrin Kamarudin lambat datang ke lokasi turut mendapat perhatian pengarah drama bersiri Miranda, Along Kamaludin.

Katanya kepada mStar Online, tindakan aktres Fasha Sandha menegur Dazrin memang tidak salah kerana sebagai pelakon senior, dia berhak memberi nasihat bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.

"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama."

"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan. Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini."

Ditanya tentang kesahihan gosip Dazrin tidak berdisiplin di lokasi penggambaran drama yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini, Along mengakui dakwaan tersebut benar memandangkan Dazrin sering datang lewat ke lokasi sejam sehingga dua jam.

"Isu Dazrin tidak berdisiplin adalah benar. Saya akui dia memang datang lambat ke lokasi penggambaran."

0 Response to "Selepas Fasha Sandha, pengarah drama kecam Dazrin Kamarudin"

Catat Ulasan

dzulCYBER