Saya masih lagi isteri orang - Liza Abdullah


Liza Abdullah nafi sah bercerai dengan suami - Pada 9 Januari lalu, pelakon terkenal Norliza Abdullah, 50, telah menfailkan penceraian terhadap suami, Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul berhubung punca beliau menfailkan penceraian yang tidak begitu sedap didengar dan menyakitkan.

Mengakui apa yang berlaku dalam rumah tangganya ini sebagai suatu fasa kehidupan yang agak perit, namun bagi Liza sebagai manusia biasa dia tidak akan terlepas untuk merasainya, dipetik dari Utusan Malaysia.

"Saya juga manusia biasa. Ada kehidupan sendiri, ada perasaan dan keinginan. Mereka di luar sana mungkin mahu artis menjadi contoh yang baik, tetapi bercakap soal kehidupan normal, kami juga lalui perkara yang sama."

"Kadang-kadang kita diduga, jujurnya saya memang tidak mahu hal ini dihebahkan. Tetapi sebagai artis saya tahu ini harga yang perlu kami bayar."

Mengulas tentang status perkahwinan mereka yang mula dipertikaikan segelintir peminat di laman sosial, Liza memberitahu mereka belum bercerai secara sah. Katanya, dia dan suami masih mencari jalan terbaik untuk mempertahankan mahaligai suci yang dibina selama 26 tahun itu.

"Saya masih lagi isteri orang dan hubungan saya dengan suami masih baik. Kami hanya mahu mencari jalan yang terbaik buat keluarga kami. “Saya kalau boleh tidak mahu bercakap soal ini sangat, sebab ini melibatkan rumah tangga saya."

0 Response to "Saya masih lagi isteri orang - Liza Abdullah"

Catat Ulasan

dzulCYBER