Respon Wan Sakinah kontroversi tunjuk baby bump di Instagram


Respon Wan Sakinah kontroversi tunjuk baby bump - Sepanjang kelmarin dan hari ini, peminat dunia hiburan kecoh dengan beberapa keping gambar yang dikongsikan Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim di laman Instagram.

Apa yang membuatkan perkongsian gambar itu menjadi kontroversi ialah aksi Wan Sakinah menunjukkan bentuk baby bumpnya. Peminat kurang senang dengan tindakan tersebut kerana menganggap dirinya cuba meraih publisiti murahan.

Ekoran itu, Wan Sakinah dikecam dan dikritik hebat kebanyakkan pengikutnya di Instagram. Menyedari komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya, Sakinah segera memuatnaik status permohonan maaf.

Katanya, dia tiada niat untuk menunjuk nunjuk atau berkongsi gambar seksi cuma sekadar ingin berkongsi perasaan teruja dengan kehamilannya kepada peminat.

“Salam untuk sahabat, stalkers & haters. Maaf pasal gambar yangg menayangkn gambar perut saya itu. Terlalu excited tengok perut boyot, itu yang pi upload tu. Bukannya nak show off bagai. Tau, orang lain pun pregnant juga. Tapi sebelum ini, pantang naik perut sikitt pi gym la, jog la. Sit up la. Tapi now rasa lain, bila tau pregnant je, dok tunggu bila perut nak besaq.”

“Lagipun orang dok kata perut saya kecik. Tapi bila hampir 7 bulan ni tiba tiba dia besaq! Tengok dalam gambar lagi nampak besaq! Tu yang saya pi upload tu. Tak rasa seksi pun, cuma excited tang perut. Tiada niat nak sakitkn hati sesiapa.”

“Saya mengaku saya salah. Selain minta ampun kat Allah, minta maaf pada suami, saya juga minta maaf pada anda semua. Saya juga maafkan anda yang tak penat dok maki hamun. Tak payah la cari kat padang Masyar. Jenuh, ramai orang.”

1 Response to "Respon Wan Sakinah kontroversi tunjuk baby bump di Instagram"

  1. Sedih teringatkan bini pertama dia.
    Semoga dia kuat dan tabah menjalani kehidupan.

    10 TIPS Merangsang Kehamilan

    BalasPadam

dzulCYBER