Respon Nur Fathia isu bergaduh dengan penerbit eksekutif di London


Respon Nur Fathia isu bergaduh dengan penerbit eksekutif - Minggu lalu, pelakon jelita yang juga kekasih kepada aktor Aiman Hakim terpalit dalam kontroversi bergaduh dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab ketika penggambaran di London.

Isu tersebut mendapat liputan hangat di akhbar-akhbar tempatan sehingga Nur Fathia dikritik hebat peminat di laman-laman sosial dan blog hiburan. Ketika dihubungi kosmo semalam, wanita berusia 27 tahun itu menafikan dakwaan tidak berdisipin di set penggambaran dan gagal menghafal skrip.

"Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali."

"Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan."

"Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran."

"Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya."


Semoga dengan penjelasan ini, kritikan pedas dan pandangan negatif yang terus menerus dilemparkan kepada Nur Fathia akan reda dan tidak lagi diperbesarkan. 

Sepatutnya, apa sahaja yang terkandung kontrak itu perlu dihormati kerana itulah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Jika tidak pasti akan berlaku pertelagahan akibat tidak puas hati. Pihak penerbit pula kenalah faham masalah pelakon.

1 Response to "Respon Nur Fathia isu bergaduh dengan penerbit eksekutif di London"

dzulCYBER