Respon Hanez Suraya kontroversi kekasihnya suami orang lain


Respon Hanez Suraya kontroversi kekasihnya suami orang lain - Hanya seminggu lalu, Hanez Suraya begitu teruja mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini dengan seorang ahli perniagaan yang dirahsiakan identitinya.

Bagaimanapun, menerusi Melodi yang bersiaran semalam, terdapat desas desus mengatakan kekasih hati Hanez Suraya itu merupakan suami orang lain dan sudah mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Hanez yang diajukan dengan soalan di Melodi tentang perkara tersebut kelihatan terkejut namun beliau tidak terus menafikan atau mengiyakan khabar angin yang tersebar. Hanez turut mengakui tidak pernah pula diberitahu tentang hal berkenaan.

"Tiada istilah Hanez ganggu rumahtangga orang. Kalau Hanez tahu dia berstatus suami orang dari awal lagi, Hanez pun tak nak.”

Untuk mendengar lebih lanjut sesi temubual Hanez Suraya dengan wartawan di melodi semalam, mari tonton video ringkas di bawah. - Rotikaya


0 Response to "Respon Hanez Suraya kontroversi kekasihnya suami orang lain"

Catat Ulasan

dzulCYBER