Respon Hanez Suraya isu bakal berkahwin suami orang


Respon Hanez Suraya isu bakal berkahwin suami orang - Sepanjang hari ini, kontroversi Hanez Suraya bercinta dengan suami orang begitu hangat diperkatakan seperti juga isu aktor Sharnaaz menyerang Lisdawati dan mengugut Fauzi Nawawi.

Antara pendedahan menarik tentang bakal suami bekas kekasih Awi Rafael itu ialah perkongsian beberapa keping gambar oleh portal ohubulan yang memaparkan seorang jejaka bersama isteri dan anak-anak mereka.

Ekoran itu, portal rotikaya telah menghubungi pelakon Autumn Di hatiku itu menerusi aplikasi Whatsapp bagi mendapatkan maklum balas Hanez berhubung pendedahan oleh portal ohbulan. Malangnya, beliau tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan buat masa ini kerana mahu isu tersebut reda sendirinya.

“Buat masa sekarang Hanez tak nak jawab apa apa lagi. Hanez tak nak mengaibkan sesiapa. Sekiranya perkara ini semakin teruk sehingga boleh memburukkan nama dan karier Hanez, baru Hanez sendiri akan berdepan. Sekarang ini, biar isu ini reda dulu.”

Sebaiknya Hanez perlu segera tampil kepada media untuk memberikan penjelasan sebenar supaya isu sebegini tidak berlarutan. Selagi peminat dan pihak media tak dapat jawapan, selagi itulah mereka akan terus memberi tekanan emosi kepadanya. Dah memang tugas wartawan buat macam tu, susah nak salahkan mereka.

0 Response to "Respon Hanez Suraya isu bakal berkahwin suami orang"

Catat Ulasan

dzulCYBER