Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram


Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram - Semalam, sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam menggunakan menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan yang dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan laporan itu hari ini kerana kritikan pedas yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya bukan komen darinya tetapi komen salah seorang penumpang MAS yang dimuatnaik semula (repost) oleh beliau.

Sebagai chef yang mendengar keluhan itu, dia mendakwa hanya mengulas semula komen berkenaan dan menyuarakan pendapatnya dalam bahasa Inggeris secara berhemah dan sopan, tidak seperti yang dilaporkan blog terbabit.

“Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu.”

“Cubalah fikir secara logik, takkanlah saya nak kritik dengan bahasa kesat, caci maki begitu untuk kritik sesuatu perkara."

“Blog itu tidak teliti betul-betul apa yang saya kongsi di Instagram. Kemudian suka-suka melaporkan isu tanpa bertanya kesahihan daripada saya dulu."

“Saya seorang profesional, selebriti dan ahli akademik pula, takkan saya nak maki dan mencarut perkataan ‘sial’ tak tentu pasal.”

Tambah Chef Zam, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila segelintir pihak menghentamnya kerana menyangka dia mengeluarkan kata-kata kesat itu tanpa memahami komen itu bukan datang daripada dirinya.

“Inilah masalah orang kita. Tak faham dan baca betul-betul tapi nak jatuh hukum dengan mudah. Padahal komen saya dalam bahasa Inggeris bagi mengulas komen awal individu yang saya kongsi di Instagram."

“Bayangkan, ada pihak MAS yang marah kenapa saya cakap perkataan begitu pada makanannya sedangkan bukan saya yang cakap macam itu."

“Perkara jadi buruk bila blog itu lapor benda tak betul dan saya tak akan teragak-agak untuk saman mereka.”

Admin harap dengan penjelasan ini, pandangan serong orang ramai terhadap Chef Zam dapat dibuang memandangkan apa yang berlaku ialah salah faham yang ditimbulkan oleh sebuah blog portal hiburan.

Bagi Chef Zam pula, beliau perlu lebih berhati-hati ketika memuatnaik apa-apa status berbaur kritikan pedas agar orang ramai yang membacanya tidak salah faham.

0 Response to "Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER