Raja Noor Sultan Melaka dakwa radio Hot FM hambar tanpa Faizal Ismail


Raja Noor Sultan Melaka dakwa radio Hot FM hambar  - Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka yang sah tahun lalu telah memuatnaik status terkini di Twitter berhubung stesen radio Hot FM.

Raja Noor memberitahu stesen radio nombor satu itu semakin hambar dan membosankan sejak pemergian Faizal Ismail. Malah bukan setakat beliau sahaja perasaan dengan kehambaran itu malah penulis blog papa-roq (PR) juga.


Menurut PR, penyampai radio baru @Fizie_hotfm dan @AGHotFM dikatakan tidak mempunyai personaliti selamba berlawak jenaka spontan seperti Faizal Ismail.

Tambah PR, Fara Fauzana (@REALFAFAU) pula semakin tidak keruan sejak ketiadaan FBI sehingga lawaknya sedikit over.

Mungkin tiba masanya untuk stesen radio Hot FM melakukan perubahan. Jika tidak ramai pendengar setia mereka akan bertukar ke siaran lain seperti Era dan Hitz. Apapun, taste setiap pendengar mungkin tidak sama.

0 Response to "Raja Noor Sultan Melaka dakwa radio Hot FM hambar tanpa Faizal Ismail"

Catat Ulasan

dzulCYBER