Rahim tinggalkan kumpulan Sepahtu selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2013?


Rahim tinggalkan kumpulan Sepahtu selepas MLM 2013 - Umum mengetahui, rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara manakala Shiro dan Bocey masing-masing menjadi naib johan dan tempat ketiga.

Ketika tumpuan orang ramai beralih kepada kontroversi yang dicetuskan Neelofa semalam, ada satu berita sedih yang pastinya bakal menggamit naluri peminat Sepahtu. Ini kerana, admin difahamkan, salah seorang dari mereka, Rahim secara rasminya bukan lagi ahli kumpulan popular itu sebaik tamat MLM 2013.

Jepp yang dihubungi media semalam memberitahu pengambilan Rahim hanyalah sebagai rakan projek istimewa bagi MLM 2013. Perkara itu sudah diberitahukan kepada Rahim dari awal lagi sebelum MLM 2013 bermula.

Bagaimanapun, Jepp mengakui cukup selesa dan senang bekerjasama dengan Rahim kerana dia seorang yang amat komited sepanjang projek berkenaan.

Mengenai respon Rahim pula berhubung perkara tersebut, dia memberitahu langsung tidak berkecil hati dengan Sepahtu andai tidak dijemput untuk sebarang aktiviti akan datang malah bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi bersama Jepp dan Shuib.

2 Responses to "Rahim tinggalkan kumpulan Sepahtu selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2013?"

  1. Salam sejahtera...

    Rahim memang ada bakat lawak. Kerjayanya sebagai pelawak tidak semestinya tertutup hanya kerana "projek" sementara dengan Sepahtu telah berakhir. Dia boleh jadi pelawak "freelance", bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa yang memerlukan idea tambahan untuk sebarang persembahan seni.

    BalasPadam
  2. Yup... suke cara Rahim melawak.

    BalasPadam

dzulCYBER