Punca sebenar Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati dan ugut Fauzi Nawawi


Punca sebenar Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati - Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran keras kepada pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman tahap maksimum.

Amaran keras Sharnaaz Ahmad itu dinyatakan beliau menerusi Harian Metro hari ini sebagai respon kepada tuduhan yang dilemparkan pasangan itu berhubung isu menyerang, menengking dan mengugut dalam SMS.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Menurut Sharnaaz, sesiapa pun akan marah dan meradang jika dipanggil anjing kurap lebih-lebih lagi jika turut melibatkan ibubapa.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin.”


0 Response to "Punca sebenar Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati dan ugut Fauzi Nawawi"

Catat Ulasan

dzulCYBER