Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis malam tadi


Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis - Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi selepas kereta yang dipandunya terbabas keluar dari jalan dan menjunam ke dalam longkang besar.

Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Wang Ulu dari Sungai Chuchuh untuk makan malam.

Menurut penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, kemalangan terbabit berpunca daripada keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan sehingga menyebabkannya hilang kawalan.


Bagaimanapun, hanya kereta MyVi milik Ainan mengalami kerosakan teruk manakala dia dan empat rakan lain hanya mengalami kecederaan ringan. Mereka kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Untuk pengetahuan, kemalangan ini adalah kali kedua membabitkan penyanyi sedang meningkat naik itu. Kali pertama berlaku pada bulan Julai tahun lalu di mana kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).


1 Response to "Punca sebenar Ainan Tasneem kemalangan teruk di Kangar, Perlis malam tadi"

dzulCYBER