Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi?


Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi - Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baru di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.

Penukaran hos ini dibuat kerana kononnya berpunca daripada kegagalan Awal mengacara program tersebut dengan baik dan mempunyai masalah disiplin kerja.

Bagaimanapun Awal menerusi mstar menafikan gosip yang tersebar dan menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.

"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal."

"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu."

Sebagai bukti dia masih pengacara sah program Melodi, Awal memberitahu telah menyambung kontrak selama setahun lagi dengan TV3.

"Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya. Malah saya telah disambungkan kontrak selama setahun lagi. Saya tahu, menjadi pengacara Melodi bukannya mudah kerana tanggungjawab dan risikonya sangat tinggi."

"Apalagi apabila membabitkan berita-berita sensasi, ada rakan-rakan artis yang tidak mahu berkawan dengan saya lagi gara-gara kisahnya keluar dalam Melodi. Sedangkan saya sekadar menjalankan tugas sebagai sahaja."

0 Response to "Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi?"

Catat Ulasan

dzulCYBER