Sebab sebenar Norish Karman halang anak jumpa bapa kandungnya

Sebab sebenar Norish Karman halang anak jumpa bapa - Mungkin tidak ramai tahu pelakon Norish Karman pernah berkahwin secara rahsia dengan seorang lelaki lebih muda darinya selepas bercerai dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008.

Bagaimanapun, perkahwinan itu diadakan secara senyap-senyap dan tidak diketahui sesiapa. Hanya pada 24 September 2011 barulah desas desus Norish Karman sudah berkahwin semula mula kedengaran.

Tarikh itu dikatakan adalah hari kelahiran anak keempat beliau yang diberi nama Haq Lutfie Alexander di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui pembedahan.


Ditanya tentang identiti bekas suami kedua yang berjaya menawan hatinya, Norish menolak untuk memberikan sebarang butiran. Malah beliau turut menghalang anak bongsunya yang berusia 2 tahun untuk berjumpa dengan bapa kandungnya.

Sebab sebenar Norish Karman berbuat demikian adalah kerana keluarga bekas suami kedua tidak menerima kehadiran anak bongsunya.

"Mereka pernah memberitahu, anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie Alexander perlu berjumpa dengan bapa kandungnya. Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka ditemukan kerana sejak awal lagi keluarga bekas suaminya itu tidak menerima kehadiran kanak-kanak berkenaan."

0 Response to "Sebab sebenar Norish Karman halang anak jumpa bapa kandungnya"

Catat Ulasan

dzulCYBER