Punca 8 pelajar SMK Buloh maut disedut pasir jerlus


Punca 8 pelajar SMK Buloh maut disedut pasir jerlus - Penemuan tiga lagi mayat kira-kira jam 2.45 petang tadi menjadikan kesemua lapan mangsa yang lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dijumpai.

Tiga mayat itu ialah Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izoan Hakimis Amin, 13 dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16. Mereka dijumpai 20 meter daripada mayat kelima.

Terdahulu, sebaik saja azan Zohor dilaungkan di lokasi tragedi lemas, mayat mangsa keempat, Mohd Nazreen Zainal, 14, berjaya ditemui kira-kira jam 1.45 tengah hari tadi. 

Mayat kelima, Mohd Syafiq Md Shukor, 16, pula ditemui jam 2.06 petang iaitu kira-kira 10 meter daripada mayat Mohd Nazreen.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah menyedut mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan disedut sehingga gagal menyelamatkan diri.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, beliau memberitahu pembentukan pasir jerlus ada kaitan dengan kecetekan air sungai.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai.”

0 Response to "Punca 8 pelajar SMK Buloh maut disedut pasir jerlus"

Catat Ulasan

dzulCYBER