Penyanyi Stacy dijangkiti virus H1N1?


Penyanyi Stacy dijangkiti virus H1N1 - Dengan khabarnya, penyanyi terkenal keluaran program realiti Akademi Fantasia, Stacy telah dijangkiti virus H1N1. Cerita itu timbul selepas empunya badan memuatnaik sekeping gambar simptom virus H1N1 di akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Gambar itu disertakan dengan caption berbunyi "macam mana saya boleh terkena ni ah? betul.." Status berkenaan menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikut beliau di Twitter malah turut melahirkan kerisauan mereka.


Bagaimanapun, kesahihan status Stacy itu belum dapat dipastikan namun amat mengejutkan ramai peminatnya jika perkara itu benar. Lagi menggusarkan, negeri Sabah baru sahaja digemparkan dengan berita jangkitan virus H1N1 yang berlaku di Hospital Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu.

Dalam kes yang dilaporkan berlaku dua minggu lalu itu, seramai lima orang kanak-kanak dan dua orang dewasa telah disahkan positif virus H1N1. Mereka kini sedang dikuarantin dan menerima rawatan khusus di Hospital Likas.

0 Response to "Penyanyi Stacy dijangkiti virus H1N1?"

Catat Ulasan

dzulCYBER