Penampilan memukau Norish Karman, tolak pinangan ramai lelaki


Penampilan memukau Norish Karman - Pelakon Norish Karman merupakan antara artis tempatan yang sering menjadi rebutan ramai lelaki di luar sana. Sejak bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008, Norish beberapa kali pernah dipinang lelaki.

Bagaimanapun, semua pinangan itu ditolak atas alasan belum bersedia untuk bersuami dan mahu memperkukuhkan kewangan bagi menanggung ketiga-tiga anaknya.

“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus dengan perniagaan dan juga karier saya ini.”

“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya.”

“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun.”
- Rotikaya

Jom layan beberapa keping gambar terkini Norish Karman yang semakin cantik dan jelita tidak seiring dengan peningkatan usianya yang kini sudah mencecah 42 tahun.






0 Response to "Penampilan memukau Norish Karman, tolak pinangan ramai lelaki"

Catat Ulasan

dzulCYBER