Peminat desak Nur Fathia & Keith Foo bercinta, putuskan Aiman Hakim?


Peminat desak Nur Fathia & Keith Foo Bercinta - Luar biasa sungguh penangan kisah cinta yang dibawakan dalam drama Ariana Rose. Apakan tidak, ramai peminat tiba-tiba mendesak hero dan heroin itu untuk menjalinkan hubungan cinta sebenar di luar.

Desakan peminat tersebut dikongsikan sendiri oleh Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, di mstar selepas membaca komen-komen peminat di laman sosial mereka.

"Ramai peminat yang meminta kami bercinta di luar set penggambaran, mungkin kerana keserasian kami dalam Ariana Rose itu membuatkan peminat mahu melihat ia menjadi kenyataan di luar drama."

"Tetapi mereka seharusnya dapat membezakan antara lakonan dan dunia nyata, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza, manakala Keith pula seorang yang sangat setia dengan kekasihnya."

Tambah Fathia, walaupun lakonan romantiknya dengan Keith Foo dilihat mencetuskan fenomena namun untuk melakukannya tidak semudah yang disangka. Ini kerana Keith Foo seorang yang pemalu sehingga membuatkannya kekok untuk melakonkan beberapa babak mesra dalam drama tersebut.

"Penonton mungkin nampak kami serasi tetapi ketika di set penggambaran ia sangat susah untuk dilakukan. Ada babak mesra yang kami jadi segan dan kekok, Keith pula memang seorang yang pemalu."

0 Response to "Peminat desak Nur Fathia & Keith Foo bercinta, putuskan Aiman Hakim?"

Catat Ulasan

dzulCYBER