Benarkah Wan Nor Azlin buka tudung dan kembali ke imej seksi?

Benarkah Wan Nor Azlin buka tudung dan kembali ke imej seksi - Isu artis berhijab kembali ke imej seksi selepas beberapa bulan atau tahun bertudung litup bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mencetuskan kontroversi apabila tiba-tiba memuatnaik gambar-gambar menjolok di akaun Instagram miliknya sedangkan beliau ketika itu diketahui umum sudah berhijrah sejak tujuh bulan lalu.

Itu kes lama yang berlaku kira-kira dua minggu lepas. Kini, isu terbaru yang menjadi bahan cerita wartawan Harian Metro ialah Wan Nor Azlin. Penampilan pelakon itu didakwa sudah mula berubah apabila tampil dengan kain labuh yang semakin singkat manakala tudungnya sudah melayang.



Mari ikuti lebih lanjut luahan hati seorang wartawan Harian Metro dikenali Sha di bawah. Pada hemat penulis, mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa pelakon itu tampil sedikit seksi dan membuka tudung.


1 Response to "Benarkah Wan Nor Azlin buka tudung dan kembali ke imej seksi?"

  1. mungkin dulu dia "kembali" ke dunia hiburan dengan berhijab untuk diterima masyarakat lepas kes video tu. Dan rasanya rata2 masyarakat menerima "imej baru" dia untuk kembali ke dunia hiburan. Tapi makin masuk, makin pendek tudung dia sampaikan sekarang tercabut terus. Bukan itu saja malah lepas masuk ke dunia hiburan, dia teringin benar nak "masukkan" ayah dia ke dalam penjara hanya sebab sebuah rumah...

    BalasPadam

dzulCYBER