Pelakon Siti Saleha tiada masalah lakon agenda panas dengan lelaki


Pelakon Siti Saleha tiada masalah lakon agenda panas - Pelakon cantik manis, Siti Saleha kini bersedia untuk menerima tawaran berlakon yang memerlukannya beraksi panas di ranjang dengan lelaki.

Katanya, untuk menjadi seorang pelakon yang versatil, artis itu tidak sepatutnya terlalu terikat dengan watak-watak menutup aurat sahaja.

Mengakui melakonkan aksi babak ranjang bakal mengundang kontroversi dan kecaman dari peminat, Siti Saleha bagaimanapun tidak kisah asalkan watak agenda panas yang ditawarkan kepadanya tidak keterlaluan.

“Saya tidak kisah jika terima tawaran aksi sebegitu kerana ia tuntutan kerja, namun saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Jika keterlaluan, saya akan menolaknya.”

Dalam pada itu, Siti Saleha turut mendedahkan ayahnya seorang yang terbuka dan tidak terlalu berfikiran sempit. Meskipun begitu, ayahnya tetap tidak suka jika wanita berusia 23 tahun itu melakukan aksi aksi berani dalam lakonan.

“Dia akan diam bila dia tidak suka dengan lakonan saya. Di situ, saya dapat tahu yang saya perlu perbaiki lakonan saya.”

1 Response to "Pelakon Siti Saleha tiada masalah lakon agenda panas dengan lelaki"

  1. dah tentu dia takde masalah jugaq nak tanggung dosa kan ;-)

    BalasPadam

dzulCYBER