Pelakon Nas-T hilang nafsu makan bila tengok muka kambing


Pelakon Nas-T hilang nafsu makan bila tengok muka kambing – Pelakon dan bekas kekasih Nabila Huda, Nas-T mengakui akan hilang selera makan daging jika melihat muka kambing. 

Ini berikutan beliau pernah merasai pengalaman pahitn terpaksa memakan daging kambing busuk dalam cabaran program Fear Factor Malaysia musim kedua yang berlangsung minggu lalu.

"Makanan paling susah bagi saya. Bagi peserta lelaki mungkin sukar, tetapi kalau bagi perempuan, saya tengok mereka boleh saja apabila bab cabaran makan. Apabila melihat Sari Yanti makan seperti tiada nafsu, padahal makanan yang kami terpaksa makan itu menjijikkan.”

"Sebelum ini saya tiada masalah untuk makan daging kambing. Selepas melalui cabaran makan daging ber­kenaan saya tidak lalu dan menjadi loya apabila melihat kambing, inikan pula untuk menjamahnya terasa tekak loya hendak termuntah.”

"Masih teringat-ingat lagi cabaran di Fear Factor menjijikkan. Sekarang ini, hendak tengok muka kam­bing pun sudah tidak boleh."

0 Response to "Pelakon Nas-T hilang nafsu makan bila tengok muka kambing"

Catat Ulasan

dzulCYBER