Pelakon Dynas Mokhtar nafi rumahtangga di ambang keretakan


Pelakon Dynas Mokhtar nafi rumahtangga di ambang keretakan - Pelakon dan pengacara terkenal Dynas Mokhtar, 31, menafikan kebenaran gosip yang mendakwa perkahwinannya kini sedang di ambang keretakan.

Menerusi Utusan Malaysia, Dynas memberitahu hubungannya dengan suami Hafizy Hafiz, 43, masih baik dan tiada masalah manakala gosip yang disebarkan itu langsung tidak tepat.

"Alhamdulillah, kami masih baik, tak ada persengketaan seperti yang didakwa. Saya banyak baca gosip mengenai kami, jadi saya memang tidak ada benda untuk beritahu."

Sebagai informasi, Dynas dan Hafizy bernikah pada 15 Mac 2008. Hasil perkongsian perkahwinan selama tujuh tahun, pasangan ini dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2.

0 Response to "Pelakon Dynas Mokhtar nafi rumahtangga di ambang keretakan"

Catat Ulasan

dzulCYBER