Pelakon Anzalna Nasir nyaris dijual di Thailand dan Singapore

Pelakon Anzalna Nasir nyaris dijual di Thailand dan Singapore - Isu artis wanita ditipu oleh seorang lelaki dikenali Adam Davin bukan perkara baru dalam dunia hiburan. Perkara tersebut sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Hanya berbekalkan kata-kata dan janji-janji manis, ramai artis wanita tempatan ditipu ribuan ringgit termasuk penerbit dan pengarah terkenal, Raja Azmi.

Di sebalik ramai artis wanita yang ditipu, ada juga antara mereka yang tidak mudah percaya dan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Salah seorang daripada mereka ialah pelakon Anzalna Nasir.


Menurut Anzalna, dia sebenarnya hampir berjaya ditipu oleh Adam Davin selepas lelaki itu beberapa berjumpa dengannya dan menawarkan banyak janji manis, namun sempat membuat carian di internet berkenaan Adam Davin.

"Mula-mula tak kenal tapi dia kata dia orang kaya yang nak menawarkan banyak peluang kepada saya. Nak bagi job di Singapura, Bangkok dan macam-macam tempat lagi."

"Duit jangan ceritalah katanya nak melabur sampai RM1 juta. Bila banyak sangat temberang saya mula syak sesuatu sebab dia ‘propa’ sangat bila bercakap."


"Mujur masa itu saya sempat Google nama dia. Baru saya nampak kes-kes penipuan dia sebelum ini. Kalau saya percaya cakap dia entah apa jadi gamaknya."


Nasib baiklah Anzalna tidak mudah percaya dengan lelaki tersebut, kalau percaya pelakon seksi itu pastinya sudah rugi ribuan ringgit serta dijual di Thailand dan Singapore.

0 Response to "Pelakon Anzalna Nasir nyaris dijual di Thailand dan Singapore"

Catat Ulasan

dzulCYBER