PAS Kelantan dikecam berjaya didik Neelofa jadi artis seksi?


PAS Kelantan dikecam berjaya didik Neelofa jadi artis seksi - Nampaknya, kontroversi Neelofa berpakaian pelik dan seksi ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era 2014 minggu lalu masih belum reda diperbincangkan di laman-laman sosial.

Jika sebelum ini, kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepada Neelofa hanya berkisar dalam dunia hiburan, namun kontroversi itu dilihat sudah mula dipolitikkan sejak dua hari lalu. Adakah kes ini berkaitan permusuhan UMNO dan PAS?

Paling ketara kedengaran di telinga-telinga para penggiat laman sosial ialah tuduhan Anti-DAP Club terhadap PAS Kelantan di atas kejayaan mereka mendidik Neelofa jadi artis berimej seksi dan pelik.


Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa dunia hiburan dan politik juga tidak boleh dipisahkan seperti mana artis dan kisah peribadinya.

Setiap artis boleh saja mengharum dan memburukkan nama negeri masing-masing berdasarkan pernilaian masyarakat terhadap apa yang mereka lihat pada diri artis.

2 Responses to "PAS Kelantan dikecam berjaya didik Neelofa jadi artis seksi?"

  1. kalau ajar didik tp still tak nak ikut tak kan lah nk salah kan cg.. haha :)

    BalasPadam
  2. Ni komen bodoh k apa? Artis nak pakai mcm tu apa kena mengena dengan politik.. kalu xbg pakai pun dia nak pakai jugak.

    BalasPadam

dzulCYBER