Nur Syafiqah tidak dirogol tetapi mati dipijak hingga usus keluar?


Nur Syafiqah tidak dirogol tetapi mati dipijak - Kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah perumahan mengejutkan orang ramai beberapa minggu lalu. Ekoran itu, pelbagai spekulasi timbul berkenaan punca kematian Nur Syafiqah dalam keadaan menyayat hati.

Tidak sampai seminggu kes itu disiasat, dalang kematian Nur Syafiqah dikenalpasti iaitu ibu kandungnya sendiri. Meskipun begitu, punca kematiannya yang sebenar masih terus menjadi tanda tanya. Ramai mengandaikan mangsa dirogol sebelum dibunuh.

Kini, kes pembunuhan itu senyap seketika kerana pihak polis dan forensik masih menjalankan siasatan lanjut tentang punca kematian kanak-kanak terbabit.

Terbaru, satu info kurang rasmi dari laman Facebook telah disebarkan. Menurut penyebar itu, kematian Nur Syafiqah tiada kaitan dengan kes rogol tetapi disebabkan perutnya dipijak tiga lelaki sehingga usus terburai keluar.

Tindakan kejam itu dibuat pembunuh kerana mahu mengeluarkan pil kuda yang sebelumnya ditelan Nur Syafiqah selepas dipaksa penjenayah berkenaan. Baca kenyataan panjang lebar di bawah yang tersebar di laman sosial.


Sementara itu, kesahihan info ini masih belum dipastikan. Sebaik-baiknya kita tunggu laporan rasmi dari pihak polis. Takut pula dikatakan menyalahi undang-undang kerana menyebarkan maklumat tidak betul.


1 Response to "Nur Syafiqah tidak dirogol tetapi mati dipijak hingga usus keluar?"

  1. payah ibunya mengandung, lepas tu anak tu dibunuh sekejam tu... berdosa besar pembunuh tu!

    BalasPadam

dzulCYBER