Nora Danish nikah di Kuala Lumpur, majlis resepsi di pantai Bali, Indonesia

Nora Danish nikah di Kuala Lumpur, majlis resepsi di pantai Bali - Pelakon jelita, Nora Danish menafikan dakwaan sudah membeli barang-barang hantaran sebagai persiapan perkahwinannya dengan kekasih hati, Nedim Nazri, dalam tahun ini.

Menerusi Malaysian Digest, Nora memberitahu, dia belum membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

"Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan."

"Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain."


"Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya."


Sementara itu, Nora Danish merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan di pantai Bali, Indonesia jika berkahwin kelak. Majlis akad nikah pula mahu diadakan di Kuala Lumpur secara sederhana tanpa mementingkan soal barang hantaran.

"Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

"Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala 'beach wedding'. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap."

0 Response to "Nora Danish nikah di Kuala Lumpur, majlis resepsi di pantai Bali, Indonesia"

Catat Ulasan

dzulCYBER