Jawapan lawak Proton isu kereta Preve dijual lebih murah di Australia


Jawapan lawak Proton isu kereta Preve dijual lebih murah - Ramai mengetahui, kereta buatan Proton yang dijual di luar negara seperti Australia lebih murah berbanding di Malaysia.

Contohnya kereta Proton Preve, di Malaysia harganya diletakkan pada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual namun apabila dijual di Australia harga tersebut dikurangkan sebanyak RM12,000 kepada RM46,964 (15,990 dolar Australia).

Pada admin, itu satu jumlah pengurangan yang banyak, maka tidak hairan mengapa ramai rakyat Malaysia mempersoalkannya. Ketika dihubungi Sinar Harian bagi mendapatkan jawapan berhubung perkara tersebut, pihak Proton menjadikan isu persaingan sebagai kunci penjelasan mereka.

Kata mereka, disebabkan persaingan yang terlalu sengit di Australia, pihak Proton menggunakan pendekatan mengurangkan harga agar mampu menarik pembeli di sana namun di Malaysia persaingan tersebut kurang kerana harga kereta Proton antara yang termurah.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli."


0 Response to "Jawapan lawak Proton isu kereta Preve dijual lebih murah di Australia"

Catat Ulasan

dzulCYBER