Isu Nasi Lemak Telanjang : Chef Wan perjelas isu jatuhkan imej MAS


Chef Wan perjelas isu jatuhkan imej MAS - Bulan lalu, chef selebriti terkemuka negara, Chef Wan telah mengkritik sajian nasi lemak MAS dan menggelarnya sebagai nasi lemak telanjang. Kritikan itu dibuat selepas nasi lemak yang dihidangkan mereka tidak lengkap, hanya ada sambal dan telur.

Ekoran itu, MAS dikritik hebat orang ramai di laman-laman sosial malah tidak kurang juga yang mendakwa Chef Wan cuba menjatuhkan imej penerbangan MAS di mata dunia.

Mengulas mengenai tuduhan tidak berasas itu, Chef Wan yang dihubungi Berita Harian memberitahu dia tiada niat untuk memburukkan imej MAS kerana teguran yang dibuatnya adalah berkaitan kualiti dan saiz hidangan berkenaan.

Tambah Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, dia bukan mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak tersebut yang tidak lengkap.

“Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS.”

“Teguran saya ikhlas kerana MAS adalah syarikat penerbangan negara, yang juga duta kecil kepada negara. Saya rasa bertanggungjawab membuat kritikan kerana saya dilantik menjadi duta untuk pelancongan negara selain duta makanan Malaysia."

Pada admin, Chef Wan mempunyai kapasiti untuk menegur kualiti dan saiz apa-apa hidangan di serata Malaysia kerana pengalaman luasnya dalam dunia masakan sehingga kini menerima gelaran datuk.

0 Response to "Isu Nasi Lemak Telanjang : Chef Wan perjelas isu jatuhkan imej MAS"

Catat Ulasan

dzulCYBER