Isu ditangkap khalwat punca Shah Jaszle tamatkan kontrak pengurus


Isu ditangkap khalwat punca Shah Jaszle tamatkan kontrak - Umum mengetahui, pelakon Shah Jaszle pernah mengejutkan industri hiburan tempatan selepas ditangkap khalwat di sebuah Apartment Taman Sri Subang pada bulan Mei tahun lalu.

Ekoran itu, pelbagai masalah lain timbul seperti pernah putus tunang dengan Redzwani Puteri, kurang mendapat tawaran berlakon dan dicaci maki peminat di laman sosial.

Menyedari perkara tersebut mungkin ada kaitan dengan ketidaktelusan bekas pengurusnya, Shah Jaszle kini mengambil keputusan untuk menjadikan adiknya sebagai pengurus peribadi dan menegaskan tidak lagi percaya dengan khidmat orang luar.

"Terus terang saya katakan saya tidak lagi mudah percaya pada orang luar dan sebab itu saya mengambil adik sendiri sebagai pengurus bagi memudahkan urusan kerjaya seni saya."

"Setakat ini semuanya berjalan lancar dan jadual saya juga diatur dengan baik selain dia sentiasa menemani saya ke majlis hiburan atau penggambaran drama."


Tambah Shah Jaszle, dia lebih selesa dengan kehadiran ahli keluarga di sisi termasuk ibunya yang kini lebih berhati-hati dan sanggup menemaninya tidak kira ke lokasi penggambaran atau acara hiburan.

Bagaimanapun kata Shahrizal, dia tidak kisah ibunya berbuat demikian kerana dia juga lebih selesa wanita berkenaan sentiasa bersamanya.

"Dari dulu lagi dia sentiasa ikut saya ke mana juga saya pergi dan apabila terjadi kes itu (khalwat) dia lebih berhati-hati dan kerap ikut saya."

"Saya sebenarnya bimbang kerana dia tidak begitu sihat dan terpaksa menunggu lama sekiranya berada di lokasi penggambaran."


Ditanya tentang persiapan perkahwinan setakat ini, pelakon drama bersiri Dendam Lima Beradik itu memberitahu belum membuat sebarang persiapan perkahwinan untuk mengahwini Redzwani Putri, 26, yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

0 Response to "Isu ditangkap khalwat punca Shah Jaszle tamatkan kontrak pengurus"

Catat Ulasan

dzulCYBER