Isi kandungan video pengakuan Ammar, anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden


Isi kandungan video pengakuan Ammar - Hari ketiga perbicaraan kes dera anak pasangan Malaysia di Sweden semalam mengejutkan ramai pihak selepas anak lelaki pasangan itu, Ammar mendedahkan video kejadian mereka dipukul.

Video tersebut ditayangkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell, di hadapan hakim mahkamah. Bagaimanapun, kenyataan Ammar dilihat tidak begitu konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain.

Antara isi kandungan video temubual itu yang disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna semalam adalah seperti berikut.

"Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu. Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba."

Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya untuk memukul, Ammar memberitahu ia dipanggil rotan dalam bahasa Melayu. Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.

Anggota polis itu turut bertanya jika rotan tersebut mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.

"Ia digunakan untuk memukul sesuatu. Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai." 

Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan berkongsi kesakitan mereka tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.

Pada admin, kes keluarga seperti ini agak pelik sebab melibatkan kes anak melawan ibubapa di mahkamah. Bukan sahaja jarang berlaku di Malaysia malah tidak pernah.

0 Response to "Isi kandungan video pengakuan Ammar, anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden"

Catat Ulasan

dzulCYBER