Ika Nabella bersyukur dipuji seksi oleh peminat


Ika Nabella bersyukur dipuji seksi oleh peminat – Siapa masih ingat kontroversi seorang peminat yang meminta Ika Nabella memuatnaik gambar bogelnya di Instagram? Mari baca artikel minta gambar bogel, Ika Nabella maki hamun peminat untuk refresh kembali cerita hangat itu tahun lalu.

Admin akui kurang mengenali pelakon jelita ini dan hanya mengetahui kewujudannya di industri hiburan tempatan selepas membaca artikel yang dikongsikan portal rotikaya, ohbulan dan beautifulnara.

Semalam, Ika Nabella telah dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan ulasannya berhubung komen-komen peminat di Instagram yang menggelar beliau sebagai wanita seksi. Lagi artikel menarik Ika Nabella kongsi gambar anjing kepada peminat.

Mengakui tidak tahu mengapa dirinya dilihat sebagai seorang wanita seksi, Ika bagaimanapun menganggap gelaran tersebut sebagai satu pujian dan dia bersyukur dikategorikan sebagai wanita seksi.

“Saya seksi? Tidak sangka orang akan cakap saya seksi. Kalau orang katakan saya seksi, saya anggap saja sebagai pujian. Terima kasih. Apalah yang seksi pada saya?”

“Memang sesekali saya pakai gaun atau seluar pendek. Mungkin berdasarkan kriteria itu mereka katakan saya seksi. Setiap kali cerita buruk timbul, saya akan berkongsi dengan ibu. Syukur dia sangat memahami.”

Pada Admin, Ika Nabella sememangnya antara artis tempatan yang seksi, menggoda dan mengghairahkan. Mungkin itulah daya tarikan tubuh badannya. 

Jadi, berkongsi gambar-gambar yang hanya memakai seluar pendek di Instagram amatlah tidak digalakkan untuk mengelakkan komen-komen berbaur sindiran dan lucah dari kalangan pengikutnya di laman sosial itu.


0 Response to "Ika Nabella bersyukur dipuji seksi oleh peminat"

Catat Ulasan

dzulCYBER