Hj Muslim Karim nama sebenar pengetua Pusat Tahfiz Amal di Kedah, bukan Azhar Wahab?


Hj Muslim Karim nama sebenar pengetua Tahfiz - Pemilik akaun Facebook Mohd Zahir Osman mendedahkan Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan yang telah diarahkan untuk ditutup pada 10 Februari lalu masih beroperasi seperti biasa.

Yang peliknya, nama pengetua sekolah tahfiz berkenaan tidak sama seperti yang dihebohkan kepada umum baru-baru ini.

"PELIK TAPI BENAR. Pusat tahfiz ni dah diarahkan tutup. Tapi pagi tadi budak dia masih menjual produk di Bank Islam Jitra. Yang lagi pelik pengetua dia bukan individu yang dihebohkan. Apa ni."

Daripada sekeping gambar yang dikongsikan beliau di bawah jelas menunjukkan nama pengetua sebenar yang mengendalikan Pusat Tahfiz Amal itu ialah Tuan Hj Muslim bin Ab Karim dan bukannya Azhar Wahab.



Pada admin, ini satu lagi kekeliruan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. Dalam kes pengetua Pusat Tahfiz Amal, siapakah nama pengetua sebenar sekolah tersebut?

Kalau Tuan Hj Muslim bin Ab Karim ialah pengetua sebenar, bagaimanakah Azhar Wahab boleh dikaitkan dalam kes ini? Memang pelik tapi benar.

0 Response to "Hj Muslim Karim nama sebenar pengetua Pusat Tahfiz Amal di Kedah, bukan Azhar Wahab?"

Catat Ulasan

dzulCYBER