Gambar wajah anak kekasih hati Hanez Suraya didedahkan?


Gambar wajah anak kekasih hati Hanez Suraya didedahkan - Nampaknya, minggu ini industri hiburan tempatan dipanaskan dengan kisah cinta pelakon Hanez Suraya dan kekasihnya, seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun.

Jika di Melodi semalam Hanez menafikan mengetahui status kekasih hatinya yang didakwa suami orang, lain pula beberapa bukti yang didedahkan portal ohbulan. Dengan bukti yang didedahkan, adakah Hanez memang tahu status bakal suaminya?

Lebih menarik, Hanez dikatakan turut berkongsi beberapa keping gambarnya bersama keluarga kekasih hati di akaun Instagram. Pelakon itu dilihat pernah bergambar dengan dua kanak-kanak kecil yang dipercayai anak bakal suaminya.

Sebagai peminat Hanez, membaca pendedahan yang diberikan portal ohbulan cukup memeningkan kepala tentang siapa sebenarnya yang bercakap benar dan berbohong. Biasanya, artis ini pandai cover line juga.




0 Response to "Gambar wajah anak kekasih hati Hanez Suraya didedahkan?"

Catat Ulasan

dzulCYBER