Gambar Taska bertindak kejam bungkus kaki dan tangan bayi ketika tidur


Gambar Taska bertindak kejam bungkus kaki dan tangan bayi
 - Melalui laman sosial pelakon terkenal Natasha Hudson, satu artikal mengenai tindakan sebuah Taska di Taman Mukmin Bestari Taman Nirwana Ampang melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka telah dikongsikan.

Menurut Natasha, salah seorang rakannya pernah menghantar anak ke taska itu namun berakhir dengan lebam di kepala anaknya.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tindakan taska berkenaan membungkus kaki dan tangan kanak-kanak ketika tidur, manakala bantal dijadikan penyendal untuk susu botol yang disuap ke mulut.

Susulan kejadian itu, dia meminta agar Natasha menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai agar berfikir semasak-masaknya sebelum menghantar bayi mereka ke sana.


Selain Natasha, artikal ini turut telah dikongsikan oleh pelakon Nora Danish melalui akaun instagramnya. Sebaiknya, ada kalangan ibubapa yang segera tampil membuat laporan polis berhubung perkara ini agar siasatan lanjut boleh dijalankan.


0 Response to "Gambar Taska bertindak kejam bungkus kaki dan tangan bayi ketika tidur"

Catat Ulasan

dzulCYBER