Gambar Tasha Shilla tergedik-gedik di Anugerah Meletop Era 2014


Gambar Tasha Shilla tergedik-gedik di Anugerah Meletop Era 2014 - Anugerah Meletop Era 2014 telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dengan Zizan Razak dan Hafiz Suip antara selebriti yang monopoli trofi anugerah.

Pastinya kontroversi pakaian pelik yang ditampilkan Neelofa paling hangat diperkatakan orang ramai sepanjang hujung minggu lalu. Apapun, penampilan artis wanita lain juga perlu diberi perhatian seperti Tasha Shilla, Nabila Huda dan Hanez Suraya.

Bercakap tentang pelakon comel, Tasha Shilla, beliau mengenakan gaun sedikit ketat malam tersebut namun kelihatan anggun dan menawan di samping kekasihnya, Hans. Memang terserlah bentuk tubuh badan Tasha yang menggiurkan.

Bagaimanapun, di sebalik penampilan wanita berusia 27 tahun itu yang menakjubkan, ada kalangan penonton dan peminat yang tidak senang dengannya yang dikatakan tergedik-gedik dalam acara Karpet Merah.

Itulah lumrah sebagai seorang selebriti. Pasti tidak boleh lari dari tomahan dan kritikan orang ramai. Suatu hari nanti, Tasha akan faham juga kenapa dirinya sering dikritik. Mari layan beberapa keping gambar beliau yang sememangnya nampak tergedik-gedik.






0 Response to "Gambar Tasha Shilla tergedik-gedik di Anugerah Meletop Era 2014"

Catat Ulasan

dzulCYBER